✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿
Segalanya berpunca dari X (Twitter) bila mana YB Shah Alam buat satu 'ciapan' tentang macam mana nak atasi kesesakan di Lebuhraya Persekutuan. salah satu cadangannya adalah mewujudkan BRT Laluan Shah Alam.
so, macam biasa... ada yang sokong, ada yang bangkang diikuti pelbagai alasan yang logik / tak logik diluahkan.
'topik' ni agak lama juga 'berlanjutan' kat X dan disebabkan tu, tiba-tiba anies terasa nak naik BRT😂 boleh tak macam tu?😁
sebenarnya ni kali kedua anies naik BRT. masa kali pertama naik tu, tak sempat nak snap foto bagai sebab dalam kepala, just nak buat kerja je (ada buka booth masa tu kat Sunway Hotel).
kali kedua ni, just nak santai-santai je. so, berbekalkan pass Smart50, anies cuma naik LRT (Laluan Kelana Jaya) dan turun kat stesen USJ 7. then, sambung ke stesen BRT yang hanya terletak 'bersebelahan' je.
sebaik tiba... eh, ramai pula orang nak naik BRT hari ni! tak sampai 5 minit menunggu, bas pun sampai.
bagi yang tak tahu apa itu BRT, ia merupakan laluan bas khas yang menghubungkan 1 kawasan dengan kawasan yang lain. laluan BRT sama macam jalan raya. tapi cuma bas sahaja yang menggunakan laluan ni dan akan berhenti di stesen-stesen khas.
so far dalam Malaysia ni cuma ada 1 je laluan BRT yang terletak antara USJ, Subang Jaya dengan Bandar Sunway. that's why laa YB Shah Alam tu bagi cadangan untuk wujudkan BRT kedua.
tapi bagi anies idea ni mungkin tak berlaku kerana pada tahun depan, MRT Laluan Shah Alam bakal dibuka. so, orang Klang, Bukit Raja dan Shah Alam kalau nak pergi KL, just naik MRT je nanti.
berbalik kepada BRT ni, ia salah sebuah prasarana yang dikendalikan pihak rapidKL. so kalau nak naik dan tak ada pass Smart50, korang boleh guna kad TnG. kalau tak ada kedua-dua kad ni, beli je token kat mesin tiket.
since penumpang agak ramai hari tu, anies cuba loloskan diri ke ruang bersebelahan pemandu. kat situ tak ada kerusi. tapi yang best nya dapat saksikan 'suasana' atas laluan BRT!
stesen BRT USJ 7... tu tengah tunggu bas sampai...
short video. bas dah nak sampai...
nampak macam tak ramai. tapi bila dah masuk, sesak juga!
laluan ke stesen LRT USJ 7 (sebelah kiri foto) manakala atas bumbung stesen BRT ni adalah landasan LRT. faham tak? kalau tak faham acu tengok foto👇
stesen LRT USJ 7. landasan LRT di atas manakala laluan BRT di bawah...
kan anies dah cakap... berdiri kat sebelah driver gituu...
jelas depan mata, laluan BRT yang lengang. ya. memang tak ada kenderaan lain. hanya bas BRT sahaja yang beroperasi kat sini. dan... dalam bas ada air cond ya...
short video. on the ride...
bas-bas BRT parking dan dibaiki kat sini.
dah sampai...
BRT ni tak ada loceng ya untuk ditekan kalau korang nak turun, macam bas-bas lain. jangan nanti dah naik, tercari-cari pula loceng. haa... buat bantai gelak orang je nanti😂
stesen-stesen BRT dan harga tambang... kalau korang nak pergi pasar raya Mydin terbesar @ Malaysia, korang boleh turun kat stesen South-Quay-USJ 1. kalau korang naik KTM Komuter, turun kat stesen Setia Jaya. then tukar ke stesen BRT Sunway-Setia Jaya yang cuma terletak bersebelahan je.
stesen BRT Sunway Lagoon. anies turun kat sini...
korang dah pernah naik BRT ni? kalau belum, try laa naik sekali. best tau!
BTW, apa anies buat kat Sunway Lagoon? bermandi-manda? atau pergi shopping kat Sunway Piramid?
to be continued...