✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿
Tahu fasal produk baru ni pun sebab tertengok kat TT. sebelum ni pernah laa makan tart telur yang biasa tu. so bila keluar yang ni, teringin juga nak try.
last week singgah sekejap Mid Valley untuk beli barang. masa lalu depan restoran ni terus teringat tart telur pandan. anies pun cepat-cepat tengok kaunter pesanan.
tak ramai! so, tunggu apa lagi? laju je kaki ni masuk barisan walaupun masa tu dah perasan, atas display tray tu cuma ada tart telur je. tart telur pandan still dalam oven.
bila tiba giliran, anies terus beritahu cashier nak order tart telur pandan. cashier: "kena tunggu 7 minit." hmm... tak apa laa... kite lepak sekejap kat Guardian sementara tunggu egg tart siap untuk dijual.
restoran ni sentiasa ramai pelanggan...
kaunter tart telur. bila dah dapat pengesahan halal daripada JAKIM, lagi ramai yang serbu...
ni laa tart nya... ia tak jual sebiji. jadi nak tak nak kena beli dua pada harga RM13.50. buy 6 free 1 egg tart. kalau nak campur tart telur biasa dengan tart telur pandan, boleh je & harga pun sama.
moh ler kite review... sedap ke tak tart ni? first, kulit tart sangat rapuh tapi rangup. ada sikit bau butter tapi tak ketara sangat. untuk filling, bau pandan tak strong. tekstur lembut, tiada bau hanyir telur dan rasanya agak manis. so, bagi anies makan sekali pun dah memadai. compared dengan tart telur, yes! tart telur lagi sedap. betul tak blogger fanny?😉 (kalau datang KL lambat sikit dah dapat makan daa tart ni😁)
tart ni produk limited edition ya. so korang boleh dapatkannya di semua cawangan Oriental Kopi hingga hujung bulan ni. nak tahu lebih lanjut fasal tart ni, klik kat SINI ya!
daaa...
klik poster untuk dapatkan maklumat lanjut.



















Belgium
Brunei Darussalam
Cambodia
China
Deutschland
Egypt
England
France
Hong Kong
Indonesia
Japan
Laos
Macau
Malaysia
Netherlands
Saudi Arabia
Singapore
Switzerland
Taiwan
Thailand
Türkiye
Turkmenistan
Vietnam